Thursday, April 9, 2009

Kolam Air Panas Bemban


Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park merupakan satu destinasi istirahat yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Kampung Ayer Panas. Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu Air Mineral Suam Tinggi Sulfur Putih Beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.



Menurut Norzin Karim, Pengurus Syarikat Pinduco Malaysia yang mengambil alih pengurusan pada Julai 2008 sehingga tempoh 20 tahun akan datang, taman air panas ini dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Jasin dan menerima peruntukan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.

Berkonsepkan “Perkelahan Keluarga,” pengunjung yang datang boleh membawa bekalan makanan mereka sendiri. Harga tiket yang dikenakan untuk pengunjung dewasa ialah RM2.00 pada setiap hari Selasa sehingga Jumaat dan RM6.00 pada hujung minggu serta cuti am. Manakala bagi kanak-kanak pula, bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan pada hari Selasa sehingga Jumaat serta RM3.00 pada hujung minggu dan cuti am.


Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan ialah terapi ikan kiss-kiss, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, surau, shower fountains, kolam renang air mineral panas untuk dewasa dan kanak-kanak, kolam aktiviti kanak-kanak, wakaf serta laluan refleksologi.


Wednesday, April 8, 2009

Chalet Agro Tourism Kampung Tehel

Kampung pengginapan yang berkonsepkan dusun dalam taman terletak kira-kira 16 km dari Bandar Jasin. Kawasan sekitar dilengkapi dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, ciku serta pisang dan bunga-bungaan.

Bermula pada tahun 1993, pemiliknya Tuan Haji Abu Samah telah mengubahsuai kawasan kediamannya menerima kunjungan pelajar-pelajar sekolah dan IPTA yang mengadakan aktiviti perkemahan dan kembara. Disamping itu, beberapa pertubuhan dan agensi-agensi kerajaan juga menggunakan chalet ini sama ada untuk kursus, majlis rasmi atau pun penginapan secara berkumpulan.

DATARAN JASIN




Dataran Jasin terletak di dalam DUN Bemban
Lokasi :

Jalan Melaka Jasin,
77000 Jasin,
Melaka

Kemudahan yang diesediakan :-

- 1 Gelanggang Futsal
- 1 Kawasan Papan Selaju (skate board)
- 1 Pentas

Kadar Bayaran : Acara/ Majlis bermula dari RM 150-RM 500

Untuk Maklumat Lanjut,
Sila Hubungi : Majlis Perbandaran Jasin, Melaka
Tel: +606-5291245
Faks: +606-5293537

Orna Resort Golf & Country Club


Orna Resort Golf & Country Club ini direka untuk keselesaan sepenuhnya. Segala-segalanya yang anda perlukan untuk berehat. Landskapnya direka dengan kebijaksanaan untuk memenuhi kemudahan-kemudahan kelab dengan adunan ciptaan tangan yang sungguh indah. Setiap kemewahan yang anda bayangkan untuk memenuhi kepuasan anda terdapat di sini, di depan mata anda.

Orna Resort Golf & Country Club mementingkan keselesaan setiap ahlinya serta mengutamakan kemudahan beristrirehat dan fasiliti kesihatan kepda pengunjungnya.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Orna Resort Golf and Country Club
Batu 16 Jalan Gapam,
Ladang Gapam
Jasin 77200, Melaka
Tel: +606-242 0333
Faks: +606-242 0222

Tuesday, April 7, 2009

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1430H

DUN Bemban akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul buat julung-julung kalinya. Majlis ini akan diadakan pada 12hb April 2009 (Ahad) bermula jam 7:30 pagi. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj. Ahmad Bin Hamzah sebelum perarakan dimulakan. Perarakan dijadualkan bermula di Taman Kesang Damai dan akan berakhir di Kg Kesang Barat. Dijangkakan lebih daripada 30 kontinjen akan turut serta dalam perarakan ini yang melibatkan setiap kampung dalam DUN Bemban, sekolah-sekolah dan pasukan kompang. Perarakan ini juga melibatkan penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan di daerah Jasin.

Monday, April 6, 2009

Logo & latar belakang SUKMA Melaka XIII 2010



LOGO : Rekabentuk logo yang dihasilkan adalah berbentuk haiwan yang terkenal pada zaman dahulu iaitu Kancil atau nama saintifiknya Tragulus Napu adalah haiwan mamalia yang sangat sinonim dengan hikayat melayu.Rupa haiwan ini seakan-akan tikus dan pelanduk dengan panjang 76 sentimeter dan ketinggian 33 sentimeter dan mempunyai berat 8 kilogram.Bulu badan haiwan ini berwarna coklat keemasan dan mempunyai kaki yang runcing dengan mata yang besar serta memiliki sepasang taring.

KONSEP SUKAN MALAYSIA merupakan satu pertandingan sukan yang dianjurkan bersama oleh berbagai pihak yang terlibat dalam membangunkan sukan di negara ini. Pendekatan bersepadu ini bertujuan untuk memberi peranan pihak-pihak berkenaan iaitu agensi kerajaan, persatuan-persatuan sukan serta pihak swasta untuk melaksanakan program pembangunan sukan supaya tanggungjawab ini dapat dilaksanakan bersama.
SUKAN MALAYSIA dianjurkan seolah ’Mini Olimpik’ kerana bilangan jenis sukan yang terlibat serta penyertaan adalah sangat besar malahan ia lebih ramai dari Sukan SEA.

OBJEKTIF UTAMA
1. Mencungkil bakat muda.
2. Pembinan kemudahan baru & peralatan lengkap bagi negeri tuan rumah.
3. Latihan kepada pegawai sukan peringkat negeri/kebangsaan.
4. Penglibatan oleh pihak kerajaan, pertubuhan sosial, politik & pemimpin-pemimpin korporat.
5. Mewujudkan integrasi nasional.