
ASSALAMUALAIKUM...
Selamat datang ke blog Komuniti BESTARI DUN Bemban.
KB DUN Bemban ditubuhkan pada 1 Oktober 1996 dan dikenali sebagai KB Tehel. KB ini dinaungi oleh YB Chua Keng Hwa dan diterajui oleh En. Jezlee Bin Pit sebagai Pengerusi.
KB ini berpengkalan di Anjung Bestari Kg Tehel. KB ini terkenal dengan produk-produk seperti dodol, kuih bahulu, sos cili dan produk baja cacing.
Kami akan sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan yang berlaku di dalam DUN Bemban untuk pengetahuan anda sekalian.
Sekali lagi kami mengalu-alukan sebarang komen daripada anda demi kebaikan KB DUN Bemban sebagai hub informasi di kawasan ini.