Monday, March 30, 2009

Selamat datang ke Komuniti BESTARI DUN Bemban

Gambar di atas diambil sempena dengan Program Sinar Harapan oleh Pelajar-pelajar Sains Sosial UiTM Kampus Bandar Melaka di Kg Tehel, Jasin pada 15 Mac 2009. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong-royong, melawat dan menyampaikan sumbangan berupa makanan dan wang ringgit kepada 5 buah keluarga yang terlibat. Program ini merupakan usahasama daripada JKKK Kg Tehel dan KB DUN Bemban.


ASSALAMUALAIKUM...

Selamat datang ke blog Komuniti BESTARI DUN Bemban.

KB DUN Bemban ditubuhkan pada 1 Oktober 1996 dan dikenali sebagai KB Tehel. KB ini dinaungi oleh YB Chua Keng Hwa dan diterajui oleh En. Jezlee Bin Pit sebagai Pengerusi.

KB ini berpengkalan di Anjung Bestari Kg Tehel. KB ini terkenal dengan produk-produk seperti dodol, kuih bahulu, sos cili dan produk baja cacing.

Kami akan sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan yang berlaku di dalam DUN Bemban untuk pengetahuan anda sekalian.

Sekali lagi kami mengalu-alukan sebarang komen daripada anda demi kebaikan KB DUN Bemban sebagai hub informasi di kawasan ini.